Ujian PERMATApintar SMK Pending


Sebahagian daripada pelajar SMK Pending yang
mengambil Ujian PERMATApintar.

Ujian PERMATApintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar di alamat: http://www.permatapintar.com.my/ujian1/ujian1 dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian PERMATApintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Bagaimana pun, jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua.


Ujian PERMATApintar UKM 2 adalah ujian saringan yang dibina setara dengan ujian WISC-IV. Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian symbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web http//: www.permatapintar.com.my. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM 1. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut: (a) Indeks Pemahaman Lisan(b) Indeks Penaakulan Persepsi(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja (d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat.

Ujian PERMATApintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu: (a) Penaakulan Lisan(b) Penaakulan Kuantitatif(c) Penaakulan Abstrak dan Visual (d) Daya Ingatan Sementara. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang ke dua iaitu: Ujian PERMATApintar UKM 2.


Rupa bentuk sekolah PERMATApintar

Tujuan ujian PERMATApintar sebenarnya adalah untuk mencari pelajar yang pintar cerdas. Mereka yang melepasi tiga tahap ujian ini akan melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah PERMATApintar yang akan dibina khusus untuk pelajar pintar cerdas ini.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners