Hari Koperasi Sekolah di SMK Pending



Gambar-gambar aktiviti Hari Koperasi Sekolah SMK Pending




Pada hari ini (22.6.2009) SMK Pending telah melancarkan sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah. Sebenarnya sambutan Hari Koperasi Sekolah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut diperingkat sekolah. Sambutan Hari Koperasi ini disambut untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Sambutan Hari Koperasi bermula pada 21 hingga 27 Jun 2009. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini ialah

1. Perhimpunan Khas

2. Penanaman pokok

3. Jualan Promosi di koperasi sekolah-potongan sebanyak 5%

4. Aktiviti gotong royong

5. Lagu koperasi semasa waktu rehat

6. Ceramah berkenaan Koperasi sekolah

Perhimpunan khas yang diadakan di sekolah ini melibatkan aktiviti bacaan perutusan iaitu

Perutusan daripada Yang dipertua Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang dibacakan oleh adik Jovita

Perutusan daripada Pengerusi Eksuktif Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dibacakan oleh adik Nabila Syazwani

Perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh cikgu Kho Tong Soon

Pelajar juga dikehendaki menyanyikan lagu koperasi secara beramai-ramai dan selepas itu lafaz ikrar koperasi juga dibacakan yang diketuai oleh adik Eko Ronaldwan.

Sempena sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah, pihak koperasi SMK Pending telah mengagihkan cenderahati kepada guru-guru sekolah ini. Sambutan Koperasi peringkat sekolah bagi SMK Pending dirasmikan dengan jayanya oleh PK Hem iaitu Puan Wong Nguk Chin.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners