Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Starcity (Kedah) pada 19 Julai 2009 telahpun diketahui. Tahniah diucapkan kepada johan keseluruhan iaitu Sabah dengan persembahan yang sungguh mantap. Syabas juga diucapkan kepada pasukan Sarawak yang berjaya mendapat tempat ketiga. Pasukan Sarawak terdiri daripada 12 orang pelajar SMK Pending yang diiringi oleh Tuan Pengetua En.Joseph Ng selaku ketua kontingen bersama Cikgu Catherine Leonard sebagai guru pengiring.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan

Tempat Pertama : Sabah menerima piala,sijil dan cenderahati kepada setiap penari
Tempat Kedua : Johor (menerima piala, hadiah dan sijil
Tempat Ketiga : Sarawak menerima piala, hadiah dan sijil

Tarian Rampaian Terbaik : Sabah
Tarian Etnik Terbaik : Sabah
Anugerah Khas Juri : Kedah




Ini adalah Video Tarian Etnik Bidayuh yang dipersembahkan oleh pelajar SMK Pending


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners