Program Gemilang

Program Gemilang bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR telah diadakan pada 12.8.2009.




Bagi pelajar yang mengambil SPM, satu ceramah teknik menjawab pengetahuan Agama Islam telah diadakan di bilik APD. Penceramah merupakan PK HEM Sekolah Menengah Sains Kuching iaitu Cikgu Siti Zulaiha Binti Ibrahim.




Sementara itu, bagi Pelajar yang mengambil PMR, ceramah telah diadakan di Dewan Global SMK Pending iaitu berkaitan dengan mata pelajaran Sains. Penceramah didatangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang iaitu Encik Tipik ak Ladi.




Pada sebelah petangnya pula diadakan ceramah teknik menjawab SPM bagi mata pelajaran bahasa Cina yang disampaikan oleh Cikgu Lim Yen Yee dari SMK Kuching High. Bagi pelajar PMR yang mengambil bahasa Cina, ceramah sebenarnya telah diadakan minggu sebelumnya yang disampaikan oleh Cikgu Ngoi Hea Lan dari Sekolah SMK KUching High.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners