PROGRAM KURSUS LATIHAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDING MAC 2010




Pada 05 MAC 2010, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid, SMK Pending telah mengadakan Program Kursus Latihan Kepimpinan Pengawas 2010 SMK Pending. Motivasi Pengawas untuk 58 orang pengawas sesi petang. Program ini dijalankan pada pukul 7:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Program ini memberi fokus kepada kesedaran diri dari segi kekuatan, kelemahan dan potensi diri serta kemahiran-kemahiran asas seorang pemimpin.
Program ini dilaksanakan untuk menyediakan para pengawas supaya lebih bersedia dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan peranan mereka sebagai pemimpin dan teladan kepada para pelajar sekolah.
Selain itu, kursus ini jugadapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan tanggungjawap pengawas masing-masing di sekolah.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners