PROGRAM UJIAN URIN (KLINIKAL), CERAMAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) TAHUN 2010




Program ini diadakan pada hari Selasa bersamaan 20 April 2010 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Program ini melibatkan seramai 200 lebih orang pelajar, iaitu dari kelas tingkatan 3, 4, dan 5. Semasa program ini, seramai 30 orang pelajar iaitu 4 orang pelajar perempuan dan 26 orang pelajar lelaki yang telah dikenalpasti berisiko tinggi daripada pelbagai kelas di pilih untuk membuat Ujian Urin dan pelajar yang lain untuk mendengar ceramah dan melihat pameran yang disediakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan.
Penglibatan kaunselor pelatih untuk program ini adalah ditugaskan untuk menyediakan dewan, menyusun kerusi, memastikan peralatan berfungsi dengan dan menyediakan cenderamata kepada penceramah. Sepanjang berada di dewan, kaunselor pelatih dapat melihat pelajar dapat memberi kerjasama dengan baik terhadap penceramah iaitu Abang Hasahari Shah Bin Awang Hashi dan Puan Jasica dari AADK Daerah Kuching.
Pada pukul 9.30 pagi kaunselor pelatih pergi ke bilik APD sekolah untuk menemani empat orang pelajar perempuan untuk mengambil ujian air kencing.

Laporan oleh Magdalene - Kaunselor Pelatih

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners