Seperti biasa sebelum cuti sekolah, warga pendidik SMK Pending membawa juadah masing-masing untuk sama-sama menikmati makanan yang dihidangkan. Bagaimanapun Puan Alilah tidak lagi membawa tempe jawa goreng lagi kerana bimbang peristiwa lama akan berulang kembali. Kali ini Puan Alilah membawa bubur kacang pula. Juadah bawaan kali ini agak istimewa kerana ada kek besar seberat tiga kilo yang terukir diatasnya "Happy Teachers Day". Kek ini telah dipotong oleh Tuan Pengetua dan kakitangan pentadbir yang lain. Selamat Hari Guru, Selamat Hari Gawai dan Selamat Bercuti
Juadah Bawaan (Pot Luck) Puan Alilah tidak berani bawa "tempe" lagi!!!!!!
Mansor Zainal, 21 May 2010
Labels:
Berita Terkini