Karnival Pengajian Tinggi 2011


Karnival Pengajian Tinggi tahun 2011 Anjuran Kementerian Pelajaran telah diadakan di Permata Food Centre, Kuching. Seramai 35 orang pelajar daripada tingkatan 5 dan 6 atas telah meluangkan masa mereka di sana dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang pada hari Sabtu 19.3.2011. Cikgu Ngien, guru kaunseling SMK Pending telah mengiringi pelajar-pelajar ini. Bermacam-macam aktiviti telah diadakan yang antara lain ialah Kuiz dan Cabutan Bertuah.


Dengan penyertaan pelajar-pelajar ini, adalah diharapkan mereka mendapat informasi terkini dan kemana halatuju mereka selepas SPM atau STPM. Banyak maklumat dan tawaran yang disediakan oleh institusi dari dalam dan luar negara dan seharusnya pelajar mengambil peluang ini untuk terus berusaha mencapai cita-cita masing-masing

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners