Program Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah ini merupakan program yang dijalankan setiap tahun terhadap setiap pelajar yang bakal menduduki tingkatan enam. Mereka ini merupakan pelajar-pelajar pelapis senior selepas Tingkatan 6 Atas di setiap sekolah. Justeru, untuk melahirkan pelapis-pelapis yang berilmu, berwibawa, cemerlang, mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang tinggi serta menjadi role-model bagi pelajar-pelajar junior maka mereka ini perlu dilatih, dibimbing dan diberi pendedahan input-input yang luas terhadap semua perkara berkaitan akademik terutama terhadap subjek-subjek baru serta hala tuju mereka memasuki alam tingkatan 6 atau pra-u selepas peperiksaan SPM.
OBJEKTIF
Di antara objektif program ini adalah:
1. Untuk menjalinkan hubungan silaturrahim di antara sesame pelajar dan pelajar dengan guru.
2 Untuk mewujudkan semangat kerjasama di antara sesame pelajar, pelajar dengan guru serta antara guru dengan guru.
3 Untuk membantu pelajar meneroka potensi diri dan mengaplikasikannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranan di sekolah.
4 Supaya pelajar dapat mengenalpasti personality dan pengkhususan yang bersesuaian dengan diri mereka apabila memilih kursus di IPT kelak.
5 Untuk penyesuaian diri pelajar dengan persekitaran sekolah serta mata pelajaran baru bagi mereka.