Satu Murid Satu Sukan

SMK Pending telah mengadakan program LDP pada hari ini (7 Jan 2012). Semua guru penasihat Kelab Sukan sekolah telah hadir. Kursus ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengah hari dengan upacara pemberian Sijil Penghargaan kepada JU 1M1S.

Tujuan LDP ini untuk memberi pendedahan tentang teknik keseragaman dokumentasi sistem fail kelab sukan. Selain itu guru-guru didedahkan tentang cara melaksanakan aktiviti kelab dan juga didedahkan secara terperinci kemahiran-kemahiran asas dan permainan kecil yang boleh dilaksanakan bagi setiap jenis sukan.

Seramai lima orang jurulatih utama 1m1s negeri telah dijemput untuk membantu LDP ini dan juga enam orang JU dari SMK Pending.
 
 
        

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners