Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1

       Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program orientasi kepada pelajar baru pada 5 dan 6 Januari 2012 yang lalu. Antara objektif    program ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di antara sesama pelajar, dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta mata pelajaran baru bagi pelajar, memupuk semangat cintakan sekolah serta menganggap ’sekolahku, syurgaku’  dan menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, berkasih sayang, hormat-menghormati, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.                                                                                                                                                         






          Pengisian program berbentuk ceramah dan taklimat tentang pengurusan sekolah dan mata pelajaran telah disampaikan oleh guru-guru yang bertugas. Hal ini penting supaya para peserta mendapat gambaran dan maklumat yang jelas bagi mengikuti sesi persekolahan dengan jayanya. Para peserta juga dilatih menyanyikan lagu sekolah dan dapat mempersembahkan dengan baik. Pada akhir program, pihak penganjur turut mengadakan soalan kuiz dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan peserta yang dapat menjawab dengan betul mendapat hadiah. 


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners