PROGRAM MOTIVASI PELAJAR ISLAM


Program berkonsepkan ceramah motivasi pelajar yang mencakupi aspek pembinaan motivasi, iltizam dan jatidiri pelajar. Di samping itu, seminar ini turut menyelitkan slot-slot kesedaran tentang kepentingan berpegang teguh dan mendaulatkan agama Islam, seterusnya memperkasakan lagi potensi masing-masing demi membina generasi muslim yang gemilang.
       oBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman serta kesedaran para pelajar muslim akan potensi diri  dalam akademik, pembangunan sahsiah diri terpuji serta dapat memperbaiki pergaulan sosial agar dapat dikembangkan untuk mendapat hasil yang lebih baik dan dalam masa yang sama menyuburkan Islam dalam diri.
Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, agama, bangsa dan negara semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, menepati masa, hormat-menghormati serta bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai wawasan untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.










 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners