Ini merupakan satu siri ceramah kerjaya yang diselenggarakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pending. Ceramah ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 20.6.2012. Penceramah yang dijemput datangnya dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Semua pelajar tingkatan lima dan enam atas telah terlibat dalam program ini. Antara tip penyediaan resume yang berkesan :
1. Menyatakan jawatan yang dipohon
2. Maklumat yang releven dengan jawatan
3. Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda
4. Padat dan mudah difahami
5. Kreatif tetapi jujur
Bagi tip temuduga pula adalah disarankan ....
Sebelum Temuduga
1. Kenalpasti kehendak majikan
2. Bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya berkaitan dengan jawatan dipohon
3. Menyediakan jawapan yang munasabah
5. Membuat latihan temuduga
Semasa Temuduga
1. Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
2. Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi serta tenang
3. Jangan menguasai sesi temuduga
4. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang
5. Jangan cerita masalah peribadi
6. Jangan bertengkar dengan panel temuduga
7. Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
Setelah Temuduga
1. Biar panel temuduga menamatkan sesi temuduga
2. Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kerana meluangkan masa dengan anda
3. Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan sopan santun. Pastikan tiada barang milik anda tertinggal
Pada akhir ceramah pelajar diberi beberapa soalan. Pelajar yang berjaya menjawab dengan betul akan menerima hadiah berupa payung. Cemarah ini berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi. Pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada penceramah Encik Zaki bin Hasan dan Cik Rozita sebagai tanda penghargaan.
Tip Penyediaan Resume dan cara menghadapi temuduga
Mansor Zainal, 23 June 2012
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling