Perkhemahan ini diadakan di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP),
Changkat Berangan, Lenggong, Perak yang bermula dari 8 hingga 13 Julai 2012.
Seramai 36 orang pelajar daripada tiga buah sekolah terlibat dengan diiringi
oleh empat orang guru pengiring iaitu En Mohamad Yaakub Bin Ahmad dari SMK
Pending, En. A’dni Bin Ghazali dan Cindy ak Amit dari SM Vokasional Matang dan
Hamzah Bin Mohd Zain dari SMK Bandar Kuching No.2
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan negeri Sarawak telah mendapat
tempat ke-3 secara keseluruhan. Dalam acara Boatswain Call (wisel)- perempuan,
pelajar SMK Pending telah menjadi Johan yang diwakili oleh Suhaini Bt Balhi.
Sarawak juga medapat tempat ke-2 dalam ikatan tali (lelaki). Sementara dalam
acara larian berhalang (lelaki), pasukan Sarawak mendapat tempat ke-tiga.
Peserta perkhemahan mula
melapor di PUSKEP pada pukul 2.45
petang pada 8.7.2012 (Ahad).
Peserta-peserta PKBM(L) negeri Sarawak telah menunjukkan komitmen dan berusaha
sedaya upaya untuk menyertai semua aktiviti yang dilaksanakan. Semua peserta
selamat kembali di Sarawak pada pukul 9.20 malam 14.7.2012 (Sabtu) di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching. Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua
jurulatih TLDM, guru pengiring yang menjalankan tugas dengan cemerlang, semua
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum yang terlibat. Penghargaan khas
diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan penyelaras unit
beruniform Jabatan Pelajaran Sarawak En. Norman Bin Suhaili yang memberikan keyakinan terhadap kontinjen PKBM(L)
untuk menyertai perkhemahan ini.
Laporan disediakan oleh:
MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN PKBM(L)
JABATAN PELAJARAN SARAWAK