Program
Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 anjuran Unit Bimbingan dan
Kaunseling sesi petang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari
Rabu hingga hari Jumaat dan melibatkan semua pelajar Peralihan dan tingkatan 1. Program ini secara keseluruhannya berbentuk ceramah dan
para peserta didedahkan dengan maklumat umum tentang pentadbiran sekolah, hal
ehwal murid, kokurikulum dan pengetahuan
tentang subjek teras dan subjek elektif yang akan dipelajari di sekolah
menengah.
Tujuan program
orientasi dijalankan adalah membantu pelajar-pelajar yang sihat dari
segi psikologi bagi menjadi lebih sensitif, peka, dan mampu berfungsi secara
lebih sempurna serta dapat membuat penyesuaian diri yang positif melalui
pengalaman orientasi ini. Dalam program ini, input yang disampaikan melalui
ceramah dan aktiviti bimbingan dan kaunseling yang digunakan berkesan dalam
membuka minda para peserta yang mengalami proses peralihan dari zaman
kanak-kanak ke alam remaja.