Program
Reading Takes You Places ini adalah
program membaca yang menyokong program NILAM. Ia bertujuan menyemai tabiat membaca
dalam kalangan pelajar dan mendedahkan mereka kepada keseronokan membaca,
sesuai dengan tema program ini iaitu Reading
Takes You Places.
Ia melibatkan
semua murid sesi petang dan mula dijalankan pada bulan Mac. Setiap hari Selasa dan Khamis, semua pelajar
akan melakukan pembacaan di dewan bermula dari jam 12.20 hingga 12.40 tengahari. Ia juga bertujuan mengisi masa menunggu murid
sesi petang sebelum masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran.
Pada 4
Mac 2013, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan
Hii Kwong Ing telah merasmikan program ini.
Semua pelajar membawa bahan bacaan sendiri. AJK Program juga menyediakan bahan bacaan
bagi mereka yang tiada bahan.
Puan
Hii, dalam ucapan beliau, menyeru para pelajar agar memanfaatkan masa dan
menggunakan masa yang ada ketika menunggu di dewan untuk membaca.
“Melalui
buku, melalui pembacaan, para pelajar bukan sahaja dapat menimbu ilmu
pengetahuan, malah mereka akan dapat menjelajah ke tempat-tempat yang mereka
belum pernah pergi dan tidak sangka mereka akan pergi, umpamanya, ke
negara-negara asing, ke angkasa lepas dan ke dunia kayangan.”
Diharapkan
agar program ini dapat menambahkan minat membaca dalam kalangan murid sesi
petang.
Laporan oleh Aini Mondra & Sim Siaw Phing
Gamabr-gambar lain Klik di sini