Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih

Majlis ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 25 Julai 2013. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SMK Pending, I-medik Sarawak dan ISMA Kuching. Sambutannya agak menggalakkan kerana inilah kali pertama majlis seperti ini diadakan. Kira-kira 150 orang telah hadir termasuk para guru, ibubapa dan pelajar.
Sebelum Majlis berbuka puasa ibubapa berkesempatan untuk memeriksa tahap kesihatan mereka yang dijalankan oleh pihak I-Medik Sarawak. Aktiviti ini kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa apabila masuknya waktu berbuka puasa. Suasana meriah begitu terasa pada malam tersebut. Selepas selesai berbuka puasa, solat maghrib secara berjemaah  diadakan diikuti dengan takzirah dan cabutan bertuah. Para ibubapa yang bernasib baik telah menerima hadiah berupa hamper dan beras. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan solat isya. Kemuncak majlis ini ialah sembahyang tarawih. Majlis kemudiannya bersurai. Terima kasih kepada ibubapa dan semua yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners