Klinik Sepak
Takraw (Pelajar) dan Kursus Kepengadilan Sepak Takraw (Guru)
Tahap 1 Peringkat Negeri
Sarawak 2013 ini dianjurkan oleh Kesatuan Guru
Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching dengan Kerjasama SMK Pending & SMK Matang Jaya. Aktiviti ini dijalankan dari 12 hingga 14 September 2013 bertempat di Bilik Ceramah Kompleks Sukan dan Gelanggang Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (SSN). Antara peserta yang mengikuti program ini adalah seperti berikut
Bil.
|
Sekolah
|
Kursus Pengadil
|
Klinik Sepak Takraw
|
Bil. Peserta
|
1.
|
SMK Pending
|
9
|
10
|
19
|
2.
|
SM Sains Kuching
|
1
|
4
|
5
|
3.
|
SMK Tabuan Jaya (SSN)
|
4
|
0
|
4
|
4.
|
SMK Matang Jaya
|
1
|
0
|
1
|
5.
|
SK Merpati Jepang
|
1
|
1
|
2
|
6.
|
SK Bandar Samariang
|
2
|
2
|
4
|
Jumlah Peserta
|
18
|
17
|
35
|
Penceramah dan Jurulatih
Bil.
|
Nama
|
Tugas dan Tanggungjawab
|
Institusi
|
1.
|
En. Openg Bin Haji Bujang Sum
(Pegawai Teknikal Sepak Takraw MSS
Sarawak)
|
Pegawai Teknikal
Ketua Jurulatih
Penceramah/Fasilitator
|
SK Mejar Jeneral Dato’ Ibrahim,
Kem Semengok
|
2.
|
En. Ali Umar bin Bujang
Pengadil (ISTAF)
|
Penceramah
Fasilitator/Jurulatih Pengadil
|
Persatuan Sepak Takraw,
Negeri Sarawak
|
3.
|
En. Ahmad Bin Hj. Osman
Jurulatih Sepak Takraw Negeri Sarawak
|
Penceramah
Fasilitator/Jurulatih Klinik
|
Majlis Sukan Negara
|
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengerusi KGBS
cawangan Kuching En.
Talib Bin Haji Joperi tepat pukul 3.00
petang pada hari Sabtu 14 September 2013 di Bilik Ceramah Kompleks Sukan SMK Tabuan Jaya (SSN). Majlis penutupan turut dihadiri oleh En. Roslan Bin
Sumiran PKKK SMK Pending, selaku Naib
Pengerusi Program dan mewakili Pengetua SMK Pending, En. Roslan Bin Hj.
Juis PKKK SMK Matang Jaya selaku Penolong Setiausaha KGBS caw. Kuching,
Tn.Hj. Adzuddin Bin Mantrang PKKK SM
Sains Kuching selaku Timbalan Pengerusi
KGBS cawangan Kuching serta AJK program dan semua peserta Kursus Kepengadilan
dan Klinik Sepak Takraw. Majlis penutupan rasmi telah tamat pada pukul 4.15
petang.
Penyelaras
program merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Daerah Kuching, Pengetua SMK Pending dan
Pengetua SMK Matang Jaya atas kebenaran dan kerjasama yang telah diberikan
kepada pihak KGBS cawangan Kuching untuk menganjurkan program ini. Ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua SMK Tabuan Jaya (SSN) atas
kebenaran untuk menggunakan Bilik Ceramah Kompleks Sukan dan Gelanggang Sepak
Takraw SMK Tabuan Jaya (SSN).
Penghargaan
dan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Program, Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK
Pending dan pihak yang membantu
menjayakan program ini secara langsung atau tidak secara langsung sehingga program yang julung-julung kali diadakan
ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang perkara yang
tidak diingini.
Semoga
usaha kita ini akan mendapat ganjaran
daripada-Nya.
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh:
MOHAMAD
YAAKUB BIN AHMAD
Penyelaras Klinik Sepak Takraw
(Pelajar) dan Kursus Kepengadilan
Sepak Takraw (Guru) Tahap
1
Peringkat Negeri
Sarawak 2013