Program Puncak Usaha PMR/SPM

Program ini disasarkan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Mereka ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Kesemua mereka ini ditempatkan di bilik-bilik tertentu berdasarkan kumpulan masing-masing dan seorang guru akan membimbing mereka sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi keputusan peperisaan awam. Bagi SPM tarikh pelaksanaannya pada 19-24 Ogos 2013 manakala peringkat PMR pula dari 9-12 September 2013.

Antara objektifnya :-

1.  Membantu semuapelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 supaya lulus dalam semua subjek;
2.  Mendedahkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan yang tepat kepada pelajar;
3.  Mendedahkan soalan-soalan berbentuk PMR dan SPM kepada pelajar;
4.  Meningkatkan keputusan dari segi kuantiti dan kualiti peperiksaan PMR dan SPM

Kepada semua pelajar SMK Pending khususnya pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, ambillah peluang keemasan ini untuk meningkatkan prestasi anda sendiri dan juga meningkatkan prestasi peperiksaan awam SMK Pending. Selamat maju jaya.


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners