Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2013

Perkhemahan perdana unit beruniform telah diadakan di kawasan sekolah SMK Pending melibatkan semua pasukan pakaian seragam yang ditawarkan di SMK Pending.  Sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan turut serta dalam program ini sebagai salah satu program RIMUP. Perkhemahan ini bermula pada hari Jumaat 30.8.2013 sehingga 1.9.2013. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya kemahiran kawad kaki, ikatan, gadget, masakan rimba dan pertolongan cemas. Ada antara aktiviti ini dipertandingkan dan hadiah telah diberi kepada pasukan yang menang pada hari penutupan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh pengetua SMK Pending En. Ivor Lim





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners