KURSUS PEMIMPIN MUDA SESI PETANG SMK PENDING

Kursus Pemimpin Muda 2014 ini diadakan pada hari ini 28 Januari 2014. Kursus ini merupakan satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam menyampaikan input-input yang bermakna kepada bakal-bakal pemimpin pelajar SMK Pending agar dapat mengimbangi pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum dengan sumbangan tenaga dan idea dalam menjalankan fungsi mereka sebagai pemimpin pelajar di sekolah.

Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing di sekolah. Keadaan ini dapat menjamin terbentuknya suasana sekolah yang harmoni, berkasih sayang, ceria, bekerjasama, bantu-membantu, bertimbang rasa, hormat-menghormati, cekal dan dedikasi yang akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang yang pelajar-pelajar ceburi atau terlibat.


 MATLAMAT

  • Melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa berteraskan ciri-ciri kepimpinan sebagai pelapis kepimpinan masa kini.


  • Pelajar dapat kenali potensi diri sendiri, orang lain dan berusaha meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi sikap negatif mereka.


Objektif Kursus
  • Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah agama,bangsa,  negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.
  • Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama,
  • bertoleransi,  beramanah, menjadi role model dan mempunyai wawasan yang baik.
  • Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta tahu pandai bersyukur di atas apa yang dianugerahkan Tuhan untuknya.
  • Meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranannya di sekolah.
  • Membina keyakinan diri kepada peserta bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.

 SASARAN

Pengawas Sekolah Sesi Petang Tahun 2014 seramai 60 orang dan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan seramai 48 orang.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners