Pingat Emas Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan

Melina Yii merupakan pelajar tingkatan 5 SMK Pending. Beliau telah mewakili Sarawak dalam Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan (ITF). Sebanyak tiga buah sekolah dari Sarawak telah menyertai kejohanan ini. Selain SMK Pending, SMK Green Road dan SMK Sg Maong turut menghantar wakil ke kejohanan ini. Hanya SMK Pending sahaja menghantar seorang wakil manakala dua buah sekolah yang lain itu telah menghantar beberapa orang wakil. Keseluruhannya Sarawak telah meraih 9 pingat emas, 4 pingat perak dan beberapa lagi pingat gangsa. Salah satu pingat emas yang diperolehi Sarawak ialah datangnya daripada Melina Yii. Melina Yii merupakan pengerusi kelab Taekwando SMK Pending, beliau sebenarnya kali pertama menyertai kejohanan peringkat kebangsaan. Sebelum ini beliau pernah memenangi pingat perak dalam kejohanan Borneo Cup pada tahun lepas. Pada tahun ini beliau dijangkakan akan menyertai kejohanan yang sama yang akan diadakan pada bulan Jun atau Julai. Tahniah Melina Yii.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners