Program True Love Wait : What is Love?

Program ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 5 Mei 2014 yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Program ini dikendalikan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu I-youth yang bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hubungan antara lelaki dengan perempuan yang sebenarnya. Dalam ceramah yang disampaikan oleh Cik Yap Suke Fong, beliau menekankan betapa hubungan antara lelaki dan perempuan ada batasannya. Ini bermaksud tidak ada hubungan sex antara pasangan sebelum berkahwin. Cik Yap Suke Fong merupakan kaunselor Family Service Centre. Beliau dibantu oleh lima orang lagi sukarelewan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Pada akhir program ini para pelajar dikehendaki membuat akur janji untuk tidak melakukan hubungan sex sebelum berkahwin.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners