12 Julai 2014 (Sabtu) –- Hari Bersama Ibu Bapa 2 / 2014 ; acara lazim
tahunan kali kedua ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang
kepada pihak sekolah dan pihak ibu bapa untuk
mengetahui pencapaian akademik anak-anak dalam Peperiksaan Penggal lepas
(Peperiksaan 2). Program ini bermula
pada pukul 7:00 pagi . Ibu bapa
bersama-sama anak mengambil buku laporan daripada guru tingkatan di kelas
masing-masing . Dalam pertemuan ini para
guru dan para ibu bapa dapat berbincang tentang pencapaian akademik dan
perkembangan sahsiah anak-anak . Buku
Sarana Ibu Bapa turut diedarkan kepada para ibu bapa ; satu keluarga satu Buku
Sarana Ibu Bapa. Buku Sarana Ibu Bapa
merupakan satu buku panduan keibubapaan yang disediakan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, yang merupakan salah satu agenda dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Pada masa yang
sama, pelajar bermasalah disiplin bersama-sama ibu bapa masing-masing berjumpa
guru penyelaras disiplin di Bilik Operasi Peperiksaan. Perbincangan dan maklum balas tersebut
diharapkan mampu mempertingkat kejayaan anak-anak dalam peperiksaan selain
cemerlang sahsiah.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH ANITA HASBI