Pertandingan Bola Keranjang Lelaki 17 TKB 2014 Bahagian Kuching

SMK Pending telah menganjurkan pertandingan ini bertempat di Stadium Bola Keranjang Kota Sentosa batu 7 Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung dari 2 hingga 5 September 2014.  SMK Pending hanya berjaya  masuk ke peringkat suku akhir dengan menewaskan dua buah sekolah sebelum ini iaitu sekolah SM Sains dan SMK Petra Jaya. Tahniah kepada mereka kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir. Semoga SMK Pending akan dapat mencapai kejayaan cemerlang pada masa akan datang. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Bola Keranjang 17 TKB bahagian Kuching. Majlis penyampaian hadiah dan penangguhan disempurnakan oleh pengetua SMK Pending En.Ivor Lim


Johan          : Chung Hwa No.1
Naib Johan   : SMK Siburan
Tempat ketiga : SMK Gapor
Tempat keempat  : SMK Batu Kawa



Pelajar SMK Pending bertugas sebagai penjaga masa

Inilah barisan pemain Bola Keranjang SMK Pending

Pertandingan bermula

Serangan yang dibuat oleh Pelajar SMK Pending

Jurulatih memberi kata dua kepada pelajar



Pertandingan Tamat. SMK Pending menang melawan SMK Petra Jaya

Gambar lain klik disini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners