Hari Bersama Ibu Bapa dan Mesyuarat Agung PIBG 2015

Pada 11 April yang lalu telah diadakan Hari Bersama Ibu bapa yang bermula seawal 7.15 pagi. Ibu bapa berpeluang bersemuka dengan guru-guru untuk berbincang kelemahan dan penambahbaikkan prestasi anak-anak mereka.

Sementara itu mesyuarat Agung PIBG bermula pada 9.30 pagi yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Seramai lebih kurang 400 orang yang hadir pada mesyuarat Agung kali ini telah meluluskan empat usul: 

1)  Pihak sekolah tidak akan menjalankan siasatan dan spot check sekiranya           ada pelajar melaporkan kehilangan telefon bimbit.

2)  Yuran PIBG kekal RM 12.00 satu keluarga

3)  Elaun Koko untuk penyertaan peringkat negeri kekal RM 50.00 bagi pelajar        terlibat.

4)  Ibu bapa yang tidak hadir AGM diminta menyumbang RM 10 satu keluarga



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners