Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Taman BOSS

Para pelajar baru tingkatan 6 sudahpun melaporkan diri ke SMK Pending. Setakat ini seramai 74 orang pelajar telah datang untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Dalam minggu orientasi pelajar tg 6 ini mereka telah melibatkan diri dalam aktiviti menceriakan kawasan sekolah iaitu membuat Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan juga Taman BOSS. Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan laluan ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada pelajar tentang bahaya dadah dan rokok.

Bagi Taman BOSS pula bertujuan bagi menyediakan suasana membaca yang ceria bagi pelajar-pelajar. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan kawasan sekolah.








 TAMAN BOSS








LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners