Tempat ke tiga pertandingan Landscape anjuran MBKS

Tahniah kepada semua warga SMK Pending yang terlibat  kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga  dalam pertandingan landscape antara sekolah-sekolah menengah bagi kawasan bandaraya Kuching Selatan. Pertandingan ini diadili oleh mereka yang pakar dalam bidang landscape. Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaran Kuching Selatan sempena Kuching Festival 2015 yang diadakan sekarang. Hadiah disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Dato James Chan Khay Syn. Upacara penyampaian hadiah diadakan di pentas terbuka. Tuan pengetua sendiri telah mengambil hadiah pada malam tersebut. Hadiah berupa sebuah tropi dan cek bernilai RM 1000. Diharapkan pending akan terus ceria dan maju ke hadapan. sama-samalah kita berusaha untuk memajukan SMK Pending.


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners