Majlis Korban dan Akikah

Majlis Kurban dan Akikah ini telah dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam SMK Pending. Majlis ini diadakan pada   13.September 2016.  Aktiviti in bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru Islam SMK Pending malah ibu bapa juga turut serta membantu memeriahkan majlis ini. Sebanyak tiga ekor lembu, dua daripadanya sebagai korban dan satu lagi sebagai akikah. Peserta korban terdiri daripada guru-guru SMK Pending dan ahli keluarga mereka dan akikah pula juga daripada kalangan guru-guru SMK Pending (anak-anak mereka) dan seorang peserta luar

Para pelajar, guru-guru dan ibubapa kemudiannya dihidangkan serba sedikit makanan bagi memeriahkan lagi suasana aktiviti ini. Diharapkan aktiviti ini akan berterusan pada masa-masa akan datang. 

gambar-gambar aktiviti ini boleh dilihat di link berikut.... Majlis Korban dan Akikah SMK Pending

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners