Hari Sukan Negara SMK Pending

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan dan penglibatan rakyat 
( http://www.harisukannegara.my/)

Sambutan Hari Sukan Negara pada peringkat sekolah bagi SMK Pending melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. Acara ini diadakan di Dewan dan di ruang tempat letak  kereta. Dalam menyahut cabaran kerajaan ini, pihak sekolah telah mengadakan senamrobikton yang mengambil masa lebih satu jam. Senamrobikton ini dianjurkan oleh PIBG SMK Pending. Senaman robikton ini bukan sahaja melibatkan para guru dan pelajar tetapi juga melibatkan penyertaan AJK PIBG SMK Pending. Selain itu PIBG juga telah mengadakan jualan minuman dan pemberian cenderamata kepada pelajar dan guru yang berjaya mengutip wang untuk tabung PIBG.








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners