Bantuan ini telah disampaikan oleh wakil HOPE Malaysia cawangan Sarawak, Encik Stephen George kepada pelajar SMK Pending yang memerlukan Scientific Calculator ini. Dalam Ucapan alu aluan pengetua SMK Pending Encik Yong telah mengucapkan terima kasih dan berharap usaha ini berterusan pada masa akan datang.
Upacara pembahagian calculator ini telah diadakan di Bilik Serbaguna yang disampaikan sendiri oleh Encik Stephen George. Seramai 20 orang telah menerima calculator ini dan diharapkan dapat membantu para pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka. Pengetua kemudiannya telah memberi sijil penghargaan kepada Encik Stephen.