Ketua dan penolong ketua tingkatan sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh guru tingkatan untuk membantu pihak sekolah dalam hal-hal pentadbiran sekolah dan pengawalan kelas. Kursus ini memberi pendedahan diri ketua dan penolong ketua tingkatan yang baru dipilih dalam pengurusan tugas harian.
Matlamat
Mewujudkan satu bahagian pemimpin yang bersedia dan berupaya dari segi mental dan fizikal, bekerjasama, bermatlamat, mempunyai kesedaran tentang pengurusan dan penyertaan dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Objektif
Adalah diharapkan kursus ini akan dapat:
Melahirkan pemimpin pelajar yang dapat menjalankan tugas dengan berkesan.
Membina keyakinan diri (self-esteem) atau kepercayaan pada diri sendiri dan orang lain.
Menyemai dan menjalinkan sifat kerjasama dan tolak ansur dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.
Melatih peserta menghadapi pelbagai tekanan sama ada mental, emosi, dan fizikal.
Menyedarkan peserta tentang kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada dirinya.
Meningkatkan sikap serta pemikiran supaya lebih positif.
Laporan disediakan oleh Pn Ngien - Unit Bimbingan dan kaunseling
Kursus Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua TingkatanTahun 2017 SMK Pending, Kuching
Mansor Zainal, 13 February 2017
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling 2017