Pelancaran Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa SMK Pending telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Pending pada 3 April 2017 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Bidang Bahasa, Puan Helen Tatom. Dalam ucapannya pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dijalankan oleh panitia bahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Pelancaran Bulan bahasa ini melibatkan semua pelajar sesi petang. Penyelia Petang Puan Hazel telah memberi beberapa amanat kepada pelajar sesi petang. Ucapan dan seterusnya perasmian Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Mr. Yong. Satu gimik pelancaran telah diadakan. 

Beberapa persembahan turut dipersembahkan bagi memeriahkan lagi pelancaran Bulan bahasa yang dipersembahkan oleh pelajar sesi petang.





 

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners