Bengkel Petanque dan Woodball

Bengkel peringkat negeri Sarawak ini diadakan pada 9 Mei 2017 melibatkan murid-murid tingkatan 6 iaitu SMK Pending selaku tuan rumah, SMK Tarat, SMK Matang Hilir, SMK Asa Jaya dan SMK Taee. 

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Pending dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMK Pending dan Persatuan Murid Tingkatan 6 (PERTENA) SMK Pending. Aktiviti  yang dirancang akan mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada guru yang berpengalaman luas dalam sukan petanque dan woodball.

Antara objektif program ini  iaitu:
  1. Meningkatkan kemahiran dalam sukan petanque/ woodball.
  2. Membantu peserta mengenal pasti teknik yang betul dalam aktiviti berkaitan
  3. Mendedahkan pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan.
  4. Mendedahkan guru-guru tentang aspek latihan dan taktikal.
  5. Meningkatkan keyakinan guru sebagai penasihat kelab sukan dan permainan.
  6. Meningkatkan mutu sukan petanque dan woodball   di peringkat sekolah khasnya dan di Sarawak amnya.
Bengkel ini tamat dengan jayanya pada kira kira pukul 1.00 tengah hari. Wakil Pengarah pelajaran Sarawak, Puan Salina bt Bujang, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan telah memberi ucapan dan seterusnya menangguhkan bengkel ini.










                                                gambar-gambar lain

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners