Perkhemahan PKBM (L) Peringkat Kebangsaan Zon Sarawak 2017

Perkhemanan PKBM (L) Peringkat Kebangsaan Zon Sarawak 2017 telah diadakan di Politeknik Kuching Matang. Perkhemahan ini bermula dari 7 hingga 9 Julai  melibatkan 310 orang pelajar yang terdiri daripada SMK Pending, SMK Seri Setia,  Kolej Vokasional Matang dan PSSTLDM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya senaman pagi, pipe down dan wikei wikie. Selain itu terdapat aktiviti yang melibatkan pertandingan iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Bola Tampar, Persembahan, Jalan lasak, Boatswain Call dan tali menali. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut

Kawad Kaki
1. KV Matang 132
2. SMK Pending 112
3. SMK Seri Setia 85

Tiupan 
1. SMK Pending 59
2. SMK Seri Setia 47
3. KV Matang

Tali Menali
1. KV Matang 44
2. SMK Pending 41
3. SMK Seri Setia 32

Jalan Lasak
1. KV Matang
2. SMK Pending
3. SMK Seri Setia

Sukan
1. KV Matang
2. SMK Pending
3. SMK Seri Setia

Persembahan
1. KV Matang 
2. SMK Pending 
3. SMK Seri Setia

Keseluruhan
-------------
1. KV Matang 255
2. SMK Pending 247
3. SMK Seri Setia 186

Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi. Dalam ucapanya beliau berharap program ini akan dapat memberi pengalaman baru kepada para peserta. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah  wakil Panglima Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Pertama Zualkafly Haji Ahmad, Pengarah Politeknik Kuching Lt Kolonel Bersekutu (PA) Kamaludin bin Daud dan wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak En. Abdul Samad bin Rosli. Tetamu kehormat kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tahniah SMK Pending kerana berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan pertandingan. Semoga SMK Pending terus bergerak kehadapan sebagai sekolah berkesan dan cemerlang.

Peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners