Karnival Kokurikulum dan Votek

Karnival Kokurikulum dan Votek ini diadakan pada 19 Ogos 2017 yang dirasmikan oleh Dr. Annuar bin Rapaee, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam. Dalam ucapan perasmian itu beliau dengan berbesar hati telah menyumbangkan derma kepada PIBG bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermakna kepada pelajar sekolah ini. Beliau kemudiannya merasmikan karnival Kokurikulum dan Votek ini dengan memukul gol.  Terdahulu daripada itu beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada guru dan kelas yang berjaya mengumpul wang kutipan ceriaton terbanyak. Pengetua SMK Pending kemudiannya telah membawa beliau untuk menanam pokok dan merasmikan taman-taman yang berada di sekitar kawasan sekolah.

   Sementara itu semua pelajar telah bergotong royong membersihkan kelas masing-masing. Gerai-gerai jualan telah dibuka bagi mereka yang ingin membeli makanan dan minuman. 























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners