Lawatan Kerja Peserta Bengkel Jawatankuasa Kerja Pengurusan Perubahan Bersama MAMPU

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan sesi lawatan kerja ke SMK Pending bagi mengetahui lebih lanjut pelaksanaan projek rintis pembekalan komputer riba Tingkatan 5. SMK Pending terlibat dalam projek ini dimana pihak kementerian ingin melihat pelaksanaan projek ini. SMK Pending telah dibekalkan komputer riba sebanyak 280 unit dan daripada jumlah itu 133 komputer riba telah diedarkan kepada pelajar.