Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Program ini khas untuk pelajar tingkatan 4  telah diadakan  dari 2 Januari hingga 5 Januari bertempat di Dewan Global SMK Pending. Mereka didedahkan dengan maklumat terperinci tentang subjek yang ditawarkan untuk SPM di SMK Pending oleh guru subjek yang berkenaan. Program bermula dengan ucapan PK Pentadbiran  Pn Hii, yang lebih kepada galakkan untuk pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau membandingkan mereka yang berpelajaran dan lulus peringkat tertinggi akan menikmati gaji yang tinggi. Bagaimanapun peluang untuk memasuki ke institusi pengajian tinggi bukan sahaja hanya kejayaan akademik semata-mata malah aktiviti Ko kurikulum juga turut membantu para pelajar masuk ke IPT awam. Demikian ditegaskan oleh PK Kurikulum En Roslan Sumiran. Terdahulu daripada itu PK Hem Ustaz Awang Ariffin telah memberi ucapannya yang berkaitan disiplin. Beliau menegaskan betapa pentingnya displin dalam menentukan kejayaan seseorang. Hala tuju pelajar selepas SPM telah dikendalikan oleh guru Kaunseling Pn Ngien Jin Nie. Peluang dan masa depan yang baik sebenarnya berdasarkan kebolehan dan minat masing-masing berdasarkan ujian psikometrik. 

Minggu Orientasi tingkatan 4 berjaya dilaksanakan dan Pengetua SMK Pending  En Yong Ing Thung telah menutup program orientasi ini dengan harapan semua pelajar berjaya dalam menghadapi peperiksaan awam yang akan diduduki kelak.









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners