Perasmian bekas kitar semula di Kantin Sekolah

Kelab Pals Tingkatan 6 telah melancarkan bekas kitar semula yang diletakkan di Kantin SMK Pending. Perasmian bekas kitar semula dengan “can crusher” ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Yong  Ing Thung. Turut hadir dalam majlis ini ialah PK Tingkatan 6 Cik Fu Yung Yung, Ketua Unit Kokurikulum En Mohd Yaakub, Ketua Unit HEM En Bong Bong Lok Leong.  Guru penyelaras kelab ini diketuai oleh Pn Ho Yoke Yeng, Pn. Pui Waon Tyng, Pn. Pui Waon Ing & Cik Pui Mui Fong. Tahniah kepada kelab ini kerana berjaya membina bekas kitar semula dengan "can crusher"

Pengetua merasmikan bekas kitar semula dengan “can crusher”
Cik Fu Yung Yung, PK tingkatan 6 mencuba “can crusher” yang dibeli
En. Mohd Yaakub, Ketua Unit Kurikulum mencuba “can crusher” yang dibeli.


En Bong Lok Leong, Ketua Unit HEM mencuba “can crusher” yang dibeli.



Pengetua, PK tingkatan 6, Ketua Unit HEM,  Ketua Unit Kurikulum dan guru-guru penasihat Kelab Pals bergambar bersama ahli-ahli kelab Pals tingkatan 6.


Laporan disediakan oleh Pn Ho Yoke Yeng


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners