Warga SMK Pending menerima telefon pintar percuma


Pada 20 April 2018, warga SMK Pending telah menerima telefon pintar secara percuma berjenama "Yes". Dengan penerimaan telefon pintar ini para guru mendapat 4GB secara percuma iaitu 2GB panggilan percuma kesemua nombor Yes dan 2Gb lagi untuk internet 4G. Para guru boleh menaik taraf pelan ini dengan menambah bayaran RM 29 ringgit sebulan dengan 6Gb panggilan dan SMS percuma tanpa had ke semua nombor YES dan 2Gb Broadband.  Untuk menaik taraf kemudahan ini guru-guru boleh gunakan aplikasi YES POSTPAID DATA yg ada dlm telefon pintar untuk membayar secara Online

Dengan adanya telefon pintar ini diharapkan para guru dapat menggunakan atau mengalami pengalaman YES Altitude dengan menyertai komuniti tempatan dan global pendidikan melalui media sosial. Guru juga boleh akses emel 1BestariNet dan menggunakan aplikasi frog bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Antara aplikasi frog ialah Frog Assigments bagi memantau tugasan yg dihantar kepada pelajar, Frog Snap iaitu berkongsi detik-detik bermakna denganrakan guru,pelajar serta ibu bapa melalui Frog VLE. Para guru juga boleh menggunakan aplikasi Frog Chat dengan berkolaborasi dan komunikasi dengan komuniti dalam dan luar sekolah. 

Selesai pengagihan telefon pintar ini, pengetua SMK Pending telah memberi peneragan serba ringkas tentang penggunaan telefon pintar ini. Semoga dengan adanya telefon pintar ini dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada para guru malah pelajar dan ibubapa dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran agar mereka berjaya dalam pelajaran. 


https://goo.gl/XEmtRK








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners