Latihan Kebakaran dan Latihan Pengusian Bangunan telah diadakan pada hari ini 18 Julai 2018. Sepasukan bomba dari Kuching dengan sebuah kereta bomba dan ambulan telah mengambil bahagian dalam latihan ini. adalah diharapkan dengan adanya latihan ini para pelajar dapat mematuhi arahan kecemasan kebakaran dan mempraktikkannya dengan betul. Mereka diarah untuk berkumpul dilokasi yang telah ditetapkan.
Dalam latihan ini pihak bomba telah menjalankan operasi menyembur air di lokasi kebakaran dan membawa seorang pelajar yang terperangkap dalam kebakaran. Pihak bomba juga telah mengadakan demontrasi bagaimana menggunakan alat pemadam api di lokasi yang telah ditetapkan. Diharapkan dengan adanya latihan ini memberi kesedaran kepada warga SMK Pending tentang bahayanya kebakaran