Hari Perpaduan SMK Pending 2018

Sambutan Hari Perpaduan SMK Pending telah diadakan pada 11 Ogos 2018. Sebanyak dua buah sekolah telah dijemput untuk menjayakan Hari Perpaduan ini iaitu dari sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya. Acara bermula dengan ketibaan wakil pengetua dari SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya diikuti dengan ketibaan tetamu khas iaitu Puan Kamariah Binti Said, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching.

Acara bermula dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua SMK Pending diikuti dengan ucapan Puan Kamariah. Beliau menegaskan antara lain betapa pentingnya perpaduan kaum dan intergrasi nasional bagi menjamin kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara berkekalan. Dalam ucapannya itu juga beliau menegaskan betapa uniknya Sarawak sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat duduk bersama menikmati juadah makanan. Beliau kemudiannya bersama pengetua, wakil Alumni SMK Pending dan juga wakil YDP Pibg telah melakukan gimik perpaduan. 

Acara seterusnya merupakan persembahan berupa tayangan multimedia, persembahan tarian etnik dari SMK Pending, Persembahan dari sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan Jaya dan Persembahan live band dari SMK Pending. Kemuncak Hari Perpaduan,  semua yang hadir dalam majlis ini menjamu selera yang merupakan juadah bawaan daripada para pelajar, guru dan AKP SMK pending. 













 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners