Majlis Persaraan Pn Hii Kwong Ing, PK Pentadbiran SMK Pending

Majlis ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 28 Julai 2018 melibatkan semua warga SMK Pending. Turut serta dalam majlis ini ialah YDP PIBG dan Alumni. Ketibaan Pn Hii disambut dengan persembahan Selamat  Datang oleh pelajar tingkatan 6. Beliau kemudiannya berarak masuk ke dewan dengan tepukan gemuruh daripada para pelajar dan guru.

Ucapan perpisahan yang terdiri daripada wakil pelajar, YDP PIBG, Pengetua dan juga yang diraikan Pn Hii Kwong Ing turut berucap selamat tinggal kepada SMK Pending. Upacara seterusnya berupa tayangan multimedia, persembahan tarian, koir, deklamasi sajak dan nyanyian berkumpulan. Kemuncak daripada majlis ini adalah upacara pemotongan kek persaraan dan penyampaian cenderahati diikuti persembahan nyanyian oleh adik Nurljannah dengan lagunya "My Way"

Pn Hii akhirnya telah menyerah tugasnya kepada En Roslan Sumiran sebagai Penolong Kanan Akademik. Selamat Bersara diucapkan kepada Pn Hii semoga sihat selalu dan enjoy your life..







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners