Pada 5 Oktober 2019, Kolokium Kajian Tindakan SMK Pending telah berlangsung untuk kali ke-4. Dalam kolokium kali ini, seramai 10 orang guru Tingkatan 6 telah membentang hasil kajian tindakan mereka. Secara keseluruhannya, sebanyak 27 buah kajian tindakan merangkumi bidang-bidang utama Tingkatan 6 iaitu Bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Kemanusiaan serta Votek telah dihasilkan.
Jawatankuasa Pengelola Kolokium Tingkatan 6 SMK Pending 2019 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Violet Yong
atas sumbangan yang telah beliau berikan untuk penerbitan bahan-bahan kajian tindakan.
Dalam prakata Buku Prosiding Kolokium kali ini, beliau menyatakan harapan beliau agar Kolokium Kajian Tindakan ini dapat diteruskan demi kebaikan pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Pending untuk jangka masa panjang.
Pengetua SMK Pending, Encik Yong Ing Thung berharap agar kajian tindakan ini dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan guru SMK Pending lantas meletakkan SMK Pending sebagai pusat pilihan yang berkesan dan cemerlang.