Pendaftaran Ko kurikulum

Pendaftaran Ko kurikulum telah diadakan pada 5 Jan 2018 yang dikendalikan oleh P.Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran. Beliau telah menegaskan betapa pentingnya keterlibatan pelajar dalam aktiviti ini sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPT awam. Pelajar diperjelaskan kegiatan kokurikulum yang ditawarkan di SMK Pending dengan memperkenalkan juga guru penasihat yang terlibat dalam aktiviti tertentu. Semua pelajar dikehendaki mengisi borang dan menyerahkan kepada guru tingakatan untuk mendaftar aktiviti mereka yang menjadi pilihan mereka.











Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Program ini khas untuk pelajar tingkatan 4  telah diadakan  dari 2 Januari hingga 5 Januari bertempat di Dewan Global SMK Pending. Mereka didedahkan dengan maklumat terperinci tentang subjek yang ditawarkan untuk SPM di SMK Pending oleh guru subjek yang berkenaan. Program bermula dengan ucapan PK Pentadbiran  Pn Hii, yang lebih kepada galakkan untuk pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau membandingkan mereka yang berpelajaran dan lulus peringkat tertinggi akan menikmati gaji yang tinggi. Bagaimanapun peluang untuk memasuki ke institusi pengajian tinggi bukan sahaja hanya kejayaan akademik semata-mata malah aktiviti Ko kurikulum juga turut membantu para pelajar masuk ke IPT awam. Demikian ditegaskan oleh PK Kurikulum En Roslan Sumiran. Terdahulu daripada itu PK Hem Ustaz Awang Ariffin telah memberi ucapannya yang berkaitan disiplin. Beliau menegaskan betapa pentingnya displin dalam menentukan kejayaan seseorang. Hala tuju pelajar selepas SPM telah dikendalikan oleh guru Kaunseling Pn Ngien Jin Nie. Peluang dan masa depan yang baik sebenarnya berdasarkan kebolehan dan minat masing-masing berdasarkan ujian psikometrik. 

Minggu Orientasi tingkatan 4 berjaya dilaksanakan dan Pengetua SMK Pending  En Yong Ing Thung telah menutup program orientasi ini dengan harapan semua pelajar berjaya dalam menghadapi peperiksaan awam yang akan diduduki kelak.









Hari Pendaftaran Persekolahan

Hari Pendaftaran Persekolahan telah diadakan pada 30.12.2018. Semua pelajar SMK Pending dikehendaki hadir untuk melapor diri dan membuat sedikit bayaran persekolahan. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa telah melaporkan diri di lolaksi yang telah ditetapkan. Mereka juga dikehendaki membeli alat tulis di koperasi sekolah  dan juga mengambil buku teks untuk memulakan hari persekolahan pada 2.1.2018.  Semoga dengan tahun baru ini menambahkan keyakinan dan azam untuk memperbaiki diri dalam akademik.









Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) bagi sesi 2016/17

Majlis ini diadakan pada 6 November 2017,  di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli. Seramai 24 orang pelajar dari kelas 4 Sains telah menyertai majlis ini  sebagai penyokong  dan peserta pasukan pameran. Guru Penyelaras yang terlibat ialah Cikgu Kuo Poh Ping dan Cikgu Sophia Nanta.


Bergambar dulu sebelum masuk ke Dewan
Bergambar di Gerai Pameran
Pelancaran Logo Anugerah Serasi

Bergambar selepas majlis penyampaian


SMK Pending juga melibatkan diri dalam Pertandingan Pameran Alam Sekitar yang melibatkan dua orang pelajar dari kelas Sains iaitu Yek  Siew Eng (Ketua), dan Juren Nis ak Jackson Jalin. Guru Penyelaras dalam pertandingan ini ialah Pn Ho Yoke Yeng dari Kelab PALS tingkatan 6 dan Pn Chong Mei Jin dari Kelab SPBT

Sebanyak 6 buah sekolah menengah dari Kuching telah mempamerkan hasil kerja mereka. Antaranya ialah SMK Semerah Padi, SMK St. Joseph, SMK Kuching High, SMK Green Road dan lain-lain lagi. Tema pameran mesti berasaskan alam sekitar. SMK Pending memilih tema “Inovasi Kitar Semula” sebagai tema pameran. Semua bahan pameran terdiri daripada bahan kitar semula yang dibuat oleh murid dan guru.

Tahniah! SMK Pending telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan ini yang merupakan kemenangan peringkat negeri.


Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan (timbalan ketua menteri) berkunjung ke gerai pameran.

Menerima hadiah Johan Pertandingan Pameran yang berbentuk wang tunai, plak dan sijil penyertaan.

Bergambar selepas majlis anugerah bersama peserta pameran.

Menerima hadiah Johan Pertandingan Pameran yang berbentuk wang tunai, plak dan sijil penyertaan.

Penilaian sedang dijalankan.

Tema pameran

Eco-enzim

Penjelasan kepada guru dan murid-murid yang berkunjung ke gerai.

Disamping itu SMK Pending juga terlibat dalam pertandingan Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) bagi sesi 2016/17 Guru Penyelaras dalam pertandingan ini ialah Pn Ho Yoke Yeng (Kelab Pals Tingkatan 6) dan guru-guru penyalaras taman 3K. SMK Pending  dinobatkan sebagai Pemenang Komponen Pengurusan Alam Sekitar Terbaik (Kategori Sekolah Menengah)

Sebanyak 676 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh Sarawak telah menghantar penyertaan kepada NREB untuk penilaian pertama. 241 buah sekolah telah berjaya masuk ke penilaian peringkat kedua. 27 buah sekolah kemudian telah dicalonkan ke peringkat akhir.  Seramai 40 orang guru pula telah dicalonkan oleh guru besar dan pengetua di seluruh Sarawak untuk Anugerah Guru Serasi Terbaik.

Pengetua menerima hadiah yang berbentuk wang, plak dan sijil

Bergambar selepas habis majlis anugerah

Bergambar bersama pemenang-pemenang komponen yang lain.


Laporan disediakan oleh
Pn Ho Yoke Yeng

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners