Jasamu diKenang

Dua orang guru SMK Pending telah berpindah ke sekolah baru. Mereka itu ialah Cikgu Jacqueline Gunang dan Cikgu  Mohd Khalic. Cikgu Jacqueline berpindah ke SMK St.Methodist di Sibu kerana mengikut suaminya yang tercinta, manakala Cikgu Mohd Khalic telah berpindah ke SMK Semantan kerana naik pangkat menjadi ketua Bidang Bahasa di sekolah tersebut. Terima kasih kepada mereka berdua atas sumbangan bakti selama ini di SMK Pending dan selamat bertugas ke sekolah baru. Sempena perpindahan mereka berdua pihak sekolah ada membuat majlis ringkas sebagai tanda penghargaan.






Hari Permuafakatan dan G4K 2011

Hari Permuafakatan dan G4K telah diadakan pada hari ini iaitu pada 9 Julai 2011. Sehubungan dengan itu ibu bapa telah hadir untuk bertemu para guru untuk melihat kemajuan anak masing-masing dalam pelajaran. Selepas perjumpaan ibu bapa diadakan juga gerai menjual pelbagai makanan, pertandingan nyanyian, pertandingan memasak, pertandingan bersolek, dan  pameran  Matematik dan Sains













Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian Serentak ini diadakan pada 2 Julai 2011 yang diadakan serentak di Seluruh Malaysia. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi acara ini antaranya Gimik Pelancaran, Persembahan Kabbadi, Senamrobik dan pameran ke Stesen Sukan dan Pameran yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Selain itu terdapat persembahan pertunjukkan Silat dan Taekwondo. Larian sejauh 1.5 KM ini telah bermula tepat pada pukul 7.40 pagi yang dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMK Pending - Joseph Ng.


Berikut gambar-gambar sempena Pelancaran Larian Serentak itu !!!!


Pelajar Berhimpun sebelum memulakan acara larian

meletakkan nombor peserta



Gimik Pelancaran

antara laluan yang digunakan

Persembahan Kabbadi

antara peserta yang mengambil bahagian

Senamrobik

antara gerai pameran stesen sukan

Kursus Pemantapan Jati Diri Pengawas - SMK Pending





        Kursus Pemantapan Jati Diri Pengawas Sesi Petang telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Jun 2011. Program sehari itu yang bermula pada pukul 7:30 pagi dan tamat pada pukul 1:30 tengahari melibatkan seramai 40 orang pengawas sesi petang. Kursus ini dikendalikan oleh kaunselor pelatih UNITAR, Cik Hanum Bt. Bolhi dengan guru bimbingan dan kaunseling iaitu Puan Norezayu dan Cik Raja Nurulhuda serta guru penasihat pengawas iaitu En Khalic dan Puan Yeo. Cikgu Mos dan Cikgu Ngien, guru bimbingan dan kaunseling sesi pagi turut hadir bagi sama-sama memeriahkan dan melancarkan perjalanan program pengawas kali ini.
        Para peserta menunjukkan maklum balas yang positif terhadap program ini dan sedikit sebanyak objektif program berjaya dicapai. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin yang dapat menjalankan tugas dengan berkesan, memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam organisasi dan mengukuhkan kebertanggungjawaban, fikiran dan sikap positif serta nilai-nilai murni dalam kalangan pengawas sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ice-breaking dikendalikan oleh Cik Hanum, ceramah peranan dan tanggungjawab pengawas sekolah oleh En. Khalic b. Abdul Hamid, ceramah motivasi oleh Encik Mos, dan aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK). LDK 1 iaitu Kepimpinan Melalui Teladan dikendalikan oleh Cik Raja Nurulhuda dan LDK 2 iaitu Telefon Buruk dikendalikan oleh Cik Hanum. 
        Majlis penutupan rasmi diadakan secara ringkas  dan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan. Pihak penganjur iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Lembaga Disiplin Sekolah berharap agar para peserta dapat mengukuhkan jati diri dengan penuh berwawasan dan menjadi suri teladan terbaik untuk anak didik SMK Pending secara keseluruhannya.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners