Kejohanan Bola Jaring 18 Tahun kebawah Bahagian Kuching 2017

Kejohanan Bola Jaring 18Tkb Bahagian Kuching 2017 di SMK Tabuan Jaya dan MBKS Pending. Tahniah SMK Pending mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah senario pertanidingan

PUSINGAN PERTAMA: 
Pending vs Tunku Putra
25 - 0
Pending vs Semerah Padi 
21- 1
Pending vs SMK Batu Lintang
18 -1

SUKU AKHIR
Pending vs Kolej Abdillah
17- 4

SEMI FINAL
Pending vs Vokmat
7- 29

FINAL (3 dan 4)
Pending vs Kuching High
17 - 10

Keputusan keseluruhan
Johan = SMK Tabuan Jaya
Naib = SMK Vokasional Matang
Ke3 = SMK Pending
Ke4 = SMK Kuching High






Bengkel Petanque dan Woodball

Bengkel peringkat negeri Sarawak ini diadakan pada 9 Mei 2017 melibatkan murid-murid tingkatan 6 iaitu SMK Pending selaku tuan rumah, SMK Tarat, SMK Matang Hilir, SMK Asa Jaya dan SMK Taee. 

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Pending dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMK Pending dan Persatuan Murid Tingkatan 6 (PERTENA) SMK Pending. Aktiviti  yang dirancang akan mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada guru yang berpengalaman luas dalam sukan petanque dan woodball.

Antara objektif program ini  iaitu:
  1. Meningkatkan kemahiran dalam sukan petanque/ woodball.
  2. Membantu peserta mengenal pasti teknik yang betul dalam aktiviti berkaitan
  3. Mendedahkan pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan.
  4. Mendedahkan guru-guru tentang aspek latihan dan taktikal.
  5. Meningkatkan keyakinan guru sebagai penasihat kelab sukan dan permainan.
  6. Meningkatkan mutu sukan petanque dan woodball   di peringkat sekolah khasnya dan di Sarawak amnya.
Bengkel ini tamat dengan jayanya pada kira kira pukul 1.00 tengah hari. Wakil Pengarah pelajaran Sarawak, Puan Salina bt Bujang, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan telah memberi ucapan dan seterusnya menangguhkan bengkel ini.










                                                gambar-gambar lain

Sumbangan Rotary Club of Kuching Central

Pada 15 April 2017, Rotary Club Of Kuching Central telah berkunjung ke SMK Pending. Kedatangan mereka adalah bertujuan untuk memberi bantuan persekolahan kepada pelajar yang layak menerima bantuan ini. Bantuan berupa barangan keperluan sekolah seperti uniform sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis. Bantuan persekolahan ini bernilai RM 20 014.00 yang memberi menafaat kepada 205 orang pelajar SMK Pending dari Tingkatan 1 hingga Tingakatan 6.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Rotary Club of Penang. Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua En Yong Ing Thung yang mengalu-alukan kedatangan mereka dan mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut dan mengharapkan agar Rotary Club of Kuching dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah pula. President Rotary Club of Kuching, Mr Clarence Yong Tze Hien dalam ucapannya pula berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa dari segi persekolahan. Terima Kasih diucapkan kepada Rotary Club of Kuching Central.






Presiden Rotary Club of  Kuching Central

Kejohanan sukan SMK Pending

SMKPending telah mengadakan kejohanan sukan tahunan selama dua hari bermula pada 12 April 2017. Kejohanan sukan kali ke 37 ini di adakan di SMK Seri Setia pada hari pertama dan pada hari kedua diadakan di sekolah SMK.

Kejohanan kali ini dipimpin oleh ketua rumah sukan yang baru iaitu Pn Lee Yin Yiun - Rumah Perdana, En Chia Yung Kwong - Rumah Waja, Bong Lok Leong - Rumah Satria dan Pn Rose Salaban - Rumah Kenari.

Rumah Waja selama ini ketinggalan dalam Kejohanan Sukan sekolah pada masa lampau telah menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan memunggut markah sebanyak 708 dan melonjak menjadi Johan keseluruhan. Kebanyakan markah diperoleh daripada Lelaki C dan Perempuan C. Tahniah Cikgu Chia Yung Kwong. Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Sukan kali ke-37 SMK Pending

Johan  Waja - 708 
Naib Johan Kenari - 637
Tempat ketiga Peredana - 631
Tempat Keempat -Satria - 623








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners