Pandu Puteri SMK Pending meraikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2009

Sambutan Hari Peringatan Sedunia (Persatuan Pandu Puteri) 2009 telah diadakan pada 11 April 2009 di Auditorium “ Islamic Information Centre” Jalan Ong Tiang Swee. Aktiviti tersebut telah turut dihadiri oleh Ybhg. Datuk Patinggi Toh Puan Dayang Norkiah (Penaug), Ybhg Datin Amar Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud (Presiden Persatuan Pandu Puteri Cwgn Negeri Sarawak), Datin Hajah Zalilah Muhd Taib (Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia), Puan Annie Sim (Ketua Pesuruhjaya Cwgn. Negeri Sarawak)

Seramai 28 orang ahli Persatuan Pandu Puteri SMK Pending telah menyertai aktiviti yang telah diadakan tersebut. Empat orang telah diberi tanggungjawab menaikkan panji-panji dibawah pimpinan Puan Noraida Abdullah (Guru Penasihat dan AJK Panji-panji), lapan orang pula telah membuat persembahan Tarian Zapin dan yang selebihnya telah diberi tugas membantu penagihan makanan kepada para ahli-ahli yang hadir.

Pihak persatuan ingin mengucapkan terimakasih kepada Puan Catherine Leonard selaku guru penasihat dan juga AJK Persembahan dan saudara Fernadez pelajar Tingkatan 5 yang telah banyak membantu melatih para penari sepanjang persiapan untuk Sambutan Hari Peringatan tersebut.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners