Sambutan Maulidur Rasul 2009

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam SMK Pending yang di adakan pada hari Jumaat 10 April 2009. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Cikgu Roslan Juis. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya

1. Pameran "Suburkan Kembali Cinta itu"
Didalam pameran ini, semua pelajar dan guru boleh mengambil bahagian dimana terdapat
soalan-soalan kuiz disediakan. Terdapat lima hadiah disediakan.

2. Pemeriksaan kesihatan percuma.
Semua warga Pending dijemput ke kaunter untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Guru yang menjadi penasihat kesihatan ialah Cikgu Andi Arjuna

3. Persembahan Slide Show "Tangisan dibumi Palestin"
Slide show ini cuba memberikan kesedaran, keinsafan dan rasa bersyukur kita terhadap
keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati berbanding dengan saudara kita yang
sentiasa dalam kemusnahan.

4. Bacaan Al Quran oleh adik Normaizatul Hana

5. Persembahan nasyid pelajar

6. Bacaan Puisi UntukMu Muhammad oleh adik Nabilah

7. Ceramah Maulidur Rasul "Muhammad : Idola Sepanjang Zaman.
Oleh Ustaz Azmi Shari; Penasihat Haji dan Umrah merangkap Penasihat
Agama YAB Fadhilah Yusuf

8. Penyampaian Hadiah kepada :
a. Pemenang Kuiz
b. Pelajar yang menunjukkan komitmen pada ceramah
c. Berpakaian mengikut syariat Islam

Berikut adalah gambar-gambar menarik sekitar Sambutan Maulidur Rasul




Bacaan alQuran oleh adik Normaizatul Hana
surah yang dibaca ialah surah Al-Mukminum
ayat 1 hingga 13








sebahagian daripada sudut pameran yang
bertemakan "Suburkan Kembali Cinta itu"








Salah seorang pelajar yang pergi
ke kaunter "Pemeriksaan Kesihatan Percuma"







Slide Show Air Mata Palestin









Sebahagian daripada pelajar yang datang
pada hari itu untuk sama-sama memeriahkan
Sambutan Maulidur Rasul








Dua orang pelajar yang menjadi
juruacara pada hari tersebut







Pelajar-pelajar tekun menyaksikan tayangan
video pendek berjudul "Tangisan di Palestin"







Persembahan Puisi








Persembahan Nasyid










Cikgu Roslan Juis menemani penceramah








Ceramah motivasi oleh Ustaz Azmi Shaari
yang bertajuk Muhammad Idola Sepanjang
Zaman







Ustaz Azmi juga menyampaikan lagu nasyid
beliau sambil berceramah yang berjaya menarik
pelajar mendengar ceramahnya.









Adik Nabilah dengan kisah Nabi Adam A.S









Sebahagian daripada pelajar yang menerima hadiah



























Sambutan Maulidur Rasul SMK Pending
diakhiri dengan Selawat ke atas Nabi

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners