PERKHEMAHAN TAHUNAN PKBM(L) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Perkhemahan Tahunan PKBM(L) Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri di Santubong dari 21.5.2009 hingga 24.5.2009. SMK Pending telah menghantar 33 orang ahlinya yang diiringi oleh Cikgu Mohd Yaakub, Cikgu Andy Arjuna,Cikgu Thian Hian Fah, Cikgu Rafidah dan Cikgu Zaidi Morni.


Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan semasa berkhemah di sana. antara aktiviti tersebut ialah :


1. Ikthiar Hidup

2. Jalan Lasak

3. Persembahan Kebudayaan

4. Kawad Kaki

5. Pengucapan berirama


Smk Pending sekali lagi berjaya mendapat johan dalam Ikhtiar Hidup dan Jalan Lasak, manakala persembahan kebudayaan dan kawad kaki mendapat tempat kedua. Bagi Pengucapan berirama pula SMK Pending mendapat tempat ketiga


Sementara itu keputusan untuk Ketua Platun Terbaik dimenangi oleh pelajar SMK Pending iaitu BM Stanley Fairy. Kadet Terbaik pula juga dari SMK Pending iaitu LK Jessica ak Gayar


Tahniah kepada Pasukan Kadet Laut SMK Pending yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners